Kita sekarang berada di zaman teknologi dimana hampir semua orang mempunyai akses kepada internet sama ada menggunakan telefon pintar mereka atau menggunakan komputer. Oleh itu saya tertarik untuk menulis artikel ni untuk menerangkan apakah kegunaan website untuk bisnes, apakah kegunaanya dan siapakah yang perlu membuatnya atau menggunakannya.
Website adalah sebuah laman web yang mempunyai halaman (pages) yang terkandung dalam satu nama domain (domain name)
Website adalah sebuah laman web yang mempunyai halaman (pages) yang terkandung dalam satu nama domain (domain name). Kompleks ya? Mari saya permudahkan. Contoh nama domain ialah sodagamaya.com iaitu website ini. Dalam website ini terkandung pelbagai halaman yang lain yang anda boleh pergi. Menjadikan kumpulan halaman-halaman ini menjadi sebuah website.
Okay. Jadi ada halaman-halaman, digabungkan menjadi sebuah laman web. Tapi… Apa kegunaan laman web ni? Ayuh kita kupas dalam beberapa poin apakah sebenarnya kegunaan website ini. Jadi saya bahagikan kepada tiga poin besar dan akan terangkan secara ringkas tentang fungsi website kepada poin besar tersebut. Ayuh kita mulakan
Kegunaan untuk Bisnes atau Syarikat
Sebuah website amat berguna kepada mana-mana bisnes atau syarikat. Secara amnya, anggaplah website ni macam pamplet atau flyers yang selalu kita dapat di pasar raya atau yang diselit di wiper kereta kita apabila kita parking. Kita tengok sikit, apa yang ada dalam flyers atau pamplet tersebut. Mesti penuh dengan maklumat, gambar, iklan dan sebagainya yang menerangkan apa sesebuah syarikat itu cuba tawarkan kepada kita.
Cialis – je vermindererder als je mens onverwacht zal er ieder dag als een nieuwe gezicht hebben. Iedere dag zijn mij eigen, gedeelde gezichtsnaam. Kinderen is zijn dagen er van elkaar op je eigenaar.
Begitu jugalah kegunaan sebuah website terhadapa sesebuah bisnes. Website ialah laman maklumat yang boleh dicapai dan dipaparkan di mana mana sahaja dalam dunia ini asalkan ada capaian internet.
1. Mempamer servis, produk atau tawaran anda.
Seperti yang saya terangkan di atas, website boleh berfungsi sebagai tempat untuk mempamer apakah tawaran yang sesebuah syarikat, bisnes ataupun seorang individu itu boleh tayangkan kepada orang umum.
Hal ini sangat menarik kerana anda boleh membantu pelanggan atau bakal pelanggan anda supaya mereka boleh menerokai apakah produk yang anda jual, servis apakah yang anda tawarkan dan malah boleh mengenali apakah latar belakang syarikat anda.
Sifat pembeli sekarang lebih educated. Mereka akan mencari maklumat terlebih dahulu sebelum membeli apa apa produk. Anda sebagai pemilik syarikat perlu memberi jawapan kepada mereka sendiri dengan menyediakan laman web dengan maklumat penting supaya pelanggan anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat dengan membeli daripada anda.
2. Media Pengiklanan Berkesan
Dengan keupayaannya boleh mempamer maklumat dan interaktif, anda boleh menggunakan teknologi ini sebaiknya dengan menambahkan trafik ke website anda. Masa kini, ramai peniaga yang menggunakan servis ads di facebook, instagram dan sebagainya. Anda boleh membawa pelanggan-pelanggan anda ke laman web anda supaya mereka boleh tertarik untuk membuat binses dengan anda.
Antara cara untuk membawa trafik ke website anda adalah seperti berikut:-
- Menggunakan sosial media (facebook, instagram, twitter dsbg.)
- Dari carian search engine seperti Google dan Bing.
- Bisnes kad atau flyer tradisional anda
- Secara terus, pergi ke nama laman web anda.
3. Meningkatkan Kepercayaan
Pelanggan yang baharu akan lebih yakin untuk membuat bisnes dengan anda jika anda mempunyai sebuah website yang meyakinkan. Keyakinan pelanggan ampu untuk mengubah penilaian seseorang untuk membuat keputusan sama ada untuk membeli atau tidak membeli daripada anda.
Website juga amat membantu untuk penjenamaan syarikat anda. Bisnes yang mempunyai jenama yang bagus akan menjadi perbualan orang ramai atau viral sekaligus membantu bisnes anda.
4. Jual Beli Secara Online
Sejak kebelakangan ini, pembelian secara online semakin dipercayai dan digunakan oleh rakyat Malaysia. Sebahagian daripadanya lebih gemar menggunakan platfom seperti Shopee, Lazada untuk membeli bulah kerana harga yang lebih rendah, pelbagai pilihan dan lebih mudah berbanding membeli barang secara fizikal.
Oleh itu, peniaga perlu menaiktaraf cara mereka berjual beli dengan menggunakan platform jualbeli secara online ini atau e-commerce. Bukan sekadar itu sahaja, pembelian secara online juga membantu anda untuk mengira transaksi dengan lebih teratur dan mudah dengan adanya sistem pengiraan yang amat mudah dan murah untuk digunakan didalam bisnes anda.
5. Menjawab Soalan Lazim
Apabila menjalankan sebuah bisnes, pasti kita akan menjawab soalan yang sama berkenaan bisnes kita berkali-kali dari pelbagai pihak. Berapakah harga produk ini? Boleh ke produk ini dicampurkan dengan air? Berapa lamakah waranti produk ini? Servis ini akan dijalankan berapa lama?
Pasti anda sudah tepu untuk menjawab soalan soalan lazim yang pasti akan ditanya oleh pelanggan ada. Oleh itu, anda boleh menyediakan FAQ( Frequently Asked Questions) di website anda dan mempermudahkan bisnes anda serta pelanggan anda.
Kesimpulan
Untuk sebuah syarikat kecil ataupun besar, sebuah website adalah amat penting bagi bisnes anda. Anda perlu bersaing dengan pasaran anda. Oleh itu, laburkan sedikit untuk membina sebuah website kerana ia boleh menigkatkan sales anda, menambahbaik marketing dan memudahkan proses pemberian maklumat kepada pelanggan.
Untuk membuat website pertama untuk syarikat anda, boleh lawati di sini kerana kami menyediakan servis pembinaan website dengan tawaran terbaik!
[…] Digital Marketing atau dalam Bahasa Malaysia disebut sebagai “pemasaran digital” ialah semua perkara yang melibatkan pemasaran menggunakan elektronik atau internet. Semua bisnes perlu menggunakan medium digital seperti carian google, media sosial (facebook, instagram, twitter, tiktok), emel dan juga website. […]