maksud digital marketing

Apakah Maksud Digital Marketing | Internet Marketing?

Apakah maskud Digital Marketing ini? Waktu sekarang ini terutamanya di Malaysia hampir semua orang mempunyai akses ke internet. Sama ada melalui komputer riba mereka, atau dengan menggunakan telefon pintar mereka. Sebab itulah terma “Maklumat di hujung jari” wujud dan menjadi sangat seiring dengan rakyat Malaysia.

Oleh itu, sifat pembeli rakyat Malaysia berubah dengan mendadak sejak 5 tahun lepas. Keputusan seseorang itu untuk membeli apa-apa barang yang diperlukan atau dikehendakinya sangat dipengaruhi dnegan apa yang mereka lihat di telefon pintar mereka.

bilangan pengguna internet di malaysia
Menurut Statista.com Pengguna Internet di Malaysia Dianggarkan mencecah 27 juta pada tahun 2020.

Sebagai contoh, penjualan produk-produk seperti “bubble tea” yang menyerang Malaysia pada tahun 2019 sangat berjaya kerana ia dibantu oleh netizen kerana menularkan kesedapan air bubble tea ini di media sosial mereka.

Secara tidak langsung, syarikat-syarikat bubble tea ini mengambil peluang sebaiknya untuk memasarkan produk mereka dengan menggunakan digital marketing dan ianya dibuktikan sangat berjaya dengan penubuhan kedai bubble tea yang baharu seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Digital Marketing atau dalam Bahasa Malaysia disebut sebagai “pemasaran digital” ialah semua perkara yang melibatkan pemasaran menggunakan elektronik atau internet. Semua bisnes perlu menggunakan medium digital seperti carian google, media sosial (facebook, instagram, twitter, tiktok), emel dan juga website.

Lucy Alexanderhttps://blog.hubspot.com/marketing/what-is-digital-marketing

Mengapa Perlu Menggunakan Digital Marketing?

Digital Marketing ialah satu cabang besar dalam marketing dan perlu digunakan sebaiknya bagi sebuah bisnes kerana terdapat trafik yang begitu tinggi untuk pengguna yang mengunakan internet.

Digital marketing dengan berada di internet
Pelanggan anda kebanyakannya berada di hadapan smartphone mereka. Pastikan mereka nampak juga apa yang ada boleh tawarkan!

Untuk membina sebuah bisnes yang boleh bertahan lama dalam pasaran, anda perlu tampil lebih meyakinkan dan lebih kerap di mata pelanggan anda. Bagaimana untuk melakukan ini? Orang putih kata “online presence“, atau lebih mudah difahami, anda perlu berada di mana pelanggan anda selalu berada; iaitu di internet!

Anda pernah dengar mengenai “Marketing Rule of 7“? Filosofi ini sangat popular dalam kalangan orang yang bekerja dalam bidang marketing. Ayat itu bermaksud seseorang prospek (pelanggan potensi) itu akan menjadi pelanggan anda setelah mereka melihat iklan anda selepas 7 kali.

Bagaimana kita nak bagi prospek kita lihat iklan kita 7 kali? Terdapat pelbagai taktik dan strategi yang saya akan bincangkan dalam artikel yang akan datang. Tetapi kuncinya ialah dengan mengiklankan di tempat yang selalu mereka berada. Sebagai contoh, Facebook, Instagram, Youtube dan juga Google!

Contoh Digital Marketing

Untuk permudahkan konsep digital marketing ini, kami senaraikan beberapa contoh umum.

  1. Media Sosial (Social Media Marketing)
  2. Search Engine (Google search)
  3. Paid Ads (Iklan Berbayar)
  4. Email Marketing

Anda berminat untuk ketahui lebih lanjut untuk kembangkan bisnes anda secara online? Anda boleh follow kami di instagram untuk tips-tips digital marketing secara percuma. Kami juga menyediakan servis membina website. Boleh ketahui lebih lanjut di sini.

Taktik Marketing Secara Online!

Didalam artikel ini kami senaraikan beberapa taktik marketing yang dipraktikkan dalam pasaran. Anda boleh lihat dalam senarai taktik di bawah.

  1. SEO
  2. Content Marketing (By education)
  3. Social Media Marketing
  4. Pay-per-klik
  5. Funnel
  6. Email marketing
  7. Viral

Kesimpulan

Bagi saya, sebuah bisnes WAJIB menggunakan digital marketing dalam bisnes mereka. Penjualan secara tradisional semakin lama semakin berkurang dan lebih ramai mengembangkan bisnes mereka secara online. Anda boleh membuat semua taktik dan teknik digital marketing ini sendiri kerana anda boleh pelajarinya dengan mudah melalui youtube atau google.

Anda juga boleh menggunakan servis yang ada di pasaran. Harga servis digital marketing mempunyai pelbagai variasi dan ia amat bergantung kepada saiz bisnes anda. Jika ada apa apa pertanyaan,

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *