Songayut

Perbuatan
Bergayut.
"Monyet tu songayut kek dahan pokok."
0

Songge

Perbuatan
Sengih.
"Tersongge-songge dio bila dipuji."
0

Songkalan

Benda
Batu giling.
"Giling cili guna songkalan batu tu."
0

Songkelet

Perbuatan
Sekeh / ketuk kepala.
"Nak kono songkelet ko kepalo tu?"
0

Songkeh

Keadaan
Sangat kenyang.
"Songkeh perut den; tak larat nak bangun."
0

Sontak

Kata Sendi
Hingga / sampai.
"Sontak ke pagi dio tak balik-balik."
0

Sontot

Sifat
Pendek.
"Seluar ni sontot; tak cukup labuh."
0

Sopah

Perbuatan
Makan.
"Sopah la nasi tu; penat mak masak."
0

Sopalit

Kuantiti
Sikit sangat.
"Bagi den sopalit kek tu nak ghaso."
0

Sosah

Perbuatan
Bahasa Baku: Pukul. Perbuatan mengenakan kekerasan fizikal atau memukul sesuatu.
"Sosah ular tu dengan kayu."
0

Sotai

Keadaan
Kertas hampir hancur.
"Duit kertas ni dah sotai; tak laku dah."
0

Stemet

Perbuatan
Anggaran (estimate).
"Cubo stemet brapo kos nak buat rumah ni."
0

Sugi

Perbuatan
Sental.
"Sugi gigi tu dengan kayu sugi."
0

Sugon

Perbuatan
Menenyeh / menyental.
"Sugon muko kucing tu kek taik biar dio serik."
0

Sanggo

Perbuatan
Sambut (dengan tangan).
"Sanggo buah yang den campak ni."
0

Sede

Sifat
Diabai-abaikan / sambil lewa.
"Buat kojo jangan sede; buat bersungguh-sungguh."
0

Sempong

Keadaan
Robek.
"Sempong seluar kono paku."
0
Pusat Rujukan Dialek & Kosa Kata Negeri Sembilan

Kamus Loghat Nismilan Online: Glosari, Maksud & Terjemahan Bahasa Nogori

Selamat datang ke Kamus Nismilan Sodagamaya, pangkalan data digital rasmi bagi meneroka maksud perkataan loghat Negeri Sembilan secara percuma. Sama ada anda sedang mencari maksud perkataan dialek Nogori pekat, mencari padanan terjemahan Bahasa Melayu standard, ataupun sekadar ingin memahami slang harian yang sering digunakan di Seremban, Kuala Pilah, Rembau, dan Tampin, direktori ini menyediakan rujukan lengkap berserta contoh sebutan dan ayat perbualan.

🔍 Carian Maksud Perkataan & Istilah Tradisi

Sering terdengar perkataan unik seperti bobenta, cekadak, ontok-ontok, bega, atau nangoi tetapi tidak tahu apa maksudnya? Gunakan kotak carian pintar kami di atas untuk menyemak definisi tepat, kategori tatabahasa (kata kerja, kata sifat, kata nama), serta konteks penggunaannya dalam perbualan harian.

🗣️ Terjemahan Bahasa Melayu ke Loghat N9

Mahu belajar cara bertutur dialek tempatan? Terokai padanan perkataan harian seperti ganti nama diri (eden, ese, waghih), kata kerja lazim (bergolek, mengelintau, mencucut), dan ekspresi popular seperti "Hobin Jang Hobin" untuk memudahkan komunikasi apabila bercuti atau menghadiri kenduri di Negeri Sembilan.

📜 Istilah Adat Perpatih & Luak Negeri

Loghat Negeri Sembilan mempunyai pertalian rapat dengan susur galur Minangkabau dan sistem Adat Perpatih. Glosari ini turut mendokumentasikan istilah warisan luak adat (Jelebu, Johol, Rembau, Sungai Ujong) agar khazanah bahasa klasik ini tidak luput ditelan zaman.

❓

Soalan Lazim Mengenai Loghat & Bahasa Negeri Sembilan (FAQ)

Kenapa sebutan perkataan loghat Negeri Sembilan banyak berbunyi 'O'?

Ciri utama fonologi dialek Negeri Sembilan ialah penggantian vokal terbuka 'a' di hujung perkataan kepada vokal 'o' (contohnya: mana menjadi mano, apa menjadi apo, rasa menjadi ghaso). Namun, terdapat juga perkataan kosa kata unik tersendiri yang tidak wujud dalam Bahasa Melayu baku.

Adakah loghat Negeri Sembilan berbeza mengikut daerah?

Ya. Walaupun asas tatabahasanya serupa, sebutan dan kosa kata di Kuala Pilah dan Rembau sering dianggap dialek paling pekat, manakala kawasan sempadan seperti Tampin dan Jempol mempunyai pengaruh dialek Melaka atau Pahang.

Bagaimana cara menyemak maksud perkataan yang tiada dalam kamus ini?

Pangkalan data Kamus Nismilan kami dikemas kini secara berkala. Anda boleh menapis mengikut abjad (A–Z) atau menggunakan fungsi carian pantas di bahagian atas halaman untuk mencari sebarang istilah atau ungkapan dialek.