← Laman Utama (Home)

Bodoghau

Perasaan
Berdebar kerana terkejut.
"Bodoghau darah den bila donga berita tu."
0

Bodosup

Kelajuan
Laju.
"Bodosup mat rempit tu bawak moto."
0

Boduk

Perbuatan
Bahasa Baku: Pukul. Perbuatan mengenakan kekerasan fizikal atau memukul sesuatu.
"Kono boduk dengan kayu baru dio toghiak."
0

Boepak-epak

Kuantiti
Berlambak-lambak.
"Boepak-epak durian kek dusun pak mail tu."
0

Bogaghit

Perbuatan
Bergerak / berusaha.
"Pueh sey ngojut an pait kok bogarit deh."
0

Boghengge

Perbuatan
Bertenggek / melepak.
"Apo diboghengge kek topi jalan tu?"
0

Boghipuk

Keadaan
Bertimbun (kain baju).
"Boghipuk kain baju tak berlipat kek dalam bilik."
0

Boghoghok

Perbuatan
Bergaduh / bertengkar.
"Pantang bojumpo mesti boghoghok duo beradik ni."
0

Boghojin

Perasaan
Naik angin / marah.
"Jangan bagi abah boghojin; nanti susah kito."
0

Bogholek

Adat
Kenduri kahwin.
"Bulan dopan ghumah pak long ado bogholek."
0