Membina website menggunakan servis freelance web developer merupakan satu cara untuk membina website yang baik dengan harga yang berpatutan.
Anda boleh mula mencari freelance website designer atau website developer secara online atau melalui kenalan anda.
Proses pembinaan website memerlukan beberapa fasa supaya website yang dibina dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Hal ini penting kerana website yang dibina memerlukan informasi yang banyak bagi menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan.
Ingin mengetahui mengapakah website penting untuk bisnes kecil anda? – Anda boleh baca artikel ini.
Jika anda sudah mengetahui kepentingan mempunyai website untuk bisnes anda, anda pasti boleh menggambarkan rupa dan fungsi yang diperlukan untuk website tersebut.
Jika masih belum tahu, jangan bimbang kerana freelance web developer akan memberikan konsultansi secara percuma melalui fasa yang pertama iaitu Bertemu.
1. Bertemu
Maksud bertemu tidak semestinya perlu bertemu secara fizikal. Dengan teknologi yang moden kini, kita sudah boleh berkomunikasi menggunakan medium seperti whatsapp, skype dan sebagainya.
Apakah yang akan dibuat dalam proses bertemu ini? Dalam terma industri, proses ini dinamakan sebagai requirement elicitation.
Proses requirement ini ialah proses dimana tim pembina website bertemu dengan user untuk meraih maklumat penting. Proses ini membantu bagi mengenalpasti design dan fungsi website yang bakal menjadi tatapan pelanggan anda.
Pada fasa ini, anda perlu menyampaikan semua maklumat dan hasrat anda supaya developer boleh membuat design website yang sesuai dengan keperluan anda.
Perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut: –
- Apakah Fungsi website anda
- Bagaimanakah Design website anda
- Branding syarikat anda (jika ada)
- Nama website anda (domain name)
- Tempoh pembinaan website tersebut
- Penerangan servis dan support untuk website tersebut
- Sebutharga projek (quotation)
Untuk pengetahuan anda, proses requirement ini merupakan proses yang paling penting kerana keputusan besar yang pertama akan dibuat. Jika semua maklumat dan juga gambar (jika ada) diberikan dengan lengkap, proses pembinaan yang seterusnya akan lancar.
2. Mockup
Selepas maklumat telah diberikan, developer akan mengeluarkan mockup website anda dalam masa seminggu.
Mockup ini akan disertakan dengan proposal ringkas yang mengandungi hasil persetujuan dan maklumat yang terdapat dalam proses sebelumnya.
Ingin mengetahui apakah itu mockup? Anda boleh rujuk di sini
Website mock up design is a rough draft, it is a simple layout or prototype of the website.
Digital Product Design, inVision
Mockup akan diberikan dalam bentuk gambar. Gambar ini dibuat dengan tujuan supaya anda boleh melihat draf rupa bentuk website tersebut. Ini bagi memastikan expectation anda berada dalam kawalan.
Jika ada pertukaran yang ingin dilakukan, anda boleh lakukannya dalam fasa mockup ini. Sebaiknya, pertukaran bagi mockup dan proposal dibuat dalam masa seminggu. 50% deposit perlu diberi selepas mendapat persetujuan dan inbois akan diwartakan.
3. Develop
Fasa ini ialah fasa development dimana website anda yang sebenar akan dibina. Sewaktu ini, domain name anda akan dibeli (jika masih belum dibeli) dan hosting anda akan disediakan.
Ingin tahu apakah itu domain name dan hosting? Anda boleh rujuk di sini.
Semasa fasa development, developer akan menghubungi anda secara berkala bagi mendapatkan maklumat tertentu.
Proses development akan mengambil masa tidak lebih dari dua minggu selepas mockup telah difinalized.
Semasa fasa development ini, anda perlu bersabar dan memberi ruang kepada developer untuk membina website anda.
4. Testing
Untuk fasa testing, developer akan memberikan satu pautan (link) untuk anda. Anda boleh mula untuk melihat dan test website anda.
Dalam fasa ini, developer akan melakukan proses Quality Assurance untuk website anda bagi memastikan fungsi-fungsi dalam website anda berjalan dengan baik. Anda sebagai user pula akan diberi satu test mudah yang dipanggil User Acceptance Test (UAT).
Anda ingin tahu kepentingan menjalani UAT untuk website anda? Anda boleh rujuk di sini.
Without UAT, it might not be enough in order to see how exactly the website will be useful to real users and meet the intended business goals.
User Acceptance Testing, internetdevels.com
UAT ini dijalankan bagi memastikan anda sebagai user sendiri mencuba satu persatu fungsi yang telah dibina. Anda juga perlu memastikan maklumat yang terpapar di website itu tepat.
Developer akan membantu anda dalam proses testing ini supaya anda mencuba website itu dengan menyeluruh.
Proses ini memerlukan masa lebih kurang seminggu.
5. Live
Website anda telah siap!
Anda boleh berkongsi website anda dengan pelanggan dan target audience anda!
Developer akan mengadakan training ringkas untuk anda dan anda boleh mula untuk mengembangkan bisnes anda.
Ingin tahu bagaimana untuk mengembangkan bisnes anda menggunakan sebuah website. Anda boleh baca di sini!
Kesimpulan
Dengan menggunakan servis sodagamaya, anda akan menjalani proses yang dibincangkan di atas.
Jangan bimbang, proses yang dirangka di atas tidak akan mengambil masa yang banyak untuk anda. Kami akan membantu dari A-Z dan memastikan website anda terbina dengan baik.
Komen di bawah untuk sebarang cadangan atau penambahbaikan! Anynomous(tak letak nama) pun tiada masalah!