Kepet

Sifat
Tidak gebu / kempis.
"Tayar basikal tu dah kepet; takdo angin."
0

Keset

Sifat
Biji yang kecil.
"Buah durian ni elok; biji eh keset."
0

Kilit

Perbuatan
Kelecek bola.
"Pandai dio kilit bola melepasi pertahanan lawan."
0

Kitai

Perbuatan
Libas / kibas.
"Kitai habuk kek baju tu sebelum masuk ghumah."
0

Kobok

Perbuatan
Ambil di tempat dalam tanpa lihat.
"Cuba kobok dalam lubang tu; manatau ado ikan."
0

Kocoloan

Keadaan
Terserempak / kantoi / malu.
"Kocoloan dio bila terserempak dengan bekas kekasih."
0

Koghajat

Makanan
Juadah.
"Banyak koghajat hidangan hariraya ni."
0

Koghobong

Perbuatan
Ambil makanan dengan tangan.
"Jangan koghobong lauk tu; guno senduk."
0

Koghomau

Perbuatan
Ramas / cakar (marah).
"Muko dio berparut kono koghomau dek kucing."
0

Koghopai

Benda
Beg.
"Bawak koghopai tu; boleh isi barang."
0

Koghumuih

Perbuatan
Menghurung.
"Semut koghumuih gula yang tumpah tu."
0

Kokkodek

Benda
Baki makanan tinggal sedikit.
"Habiskan kokkodek lauk tu; jangan membazir."
0

Kolapo

Perbuatan
Mencambahkan biji benih.
"Kito kolapo dulu biji sawi ni sebelum tanam."
0

Kolayak

Keadaan
Diterbangkan angin.
"Kertas tu melayang dikolayak angin ribut."
0

Kolemot

Keadaan
Tak licin / tak rata.
"Simen lantai ni kolemot; tak pandai tukang eh buat."
0

Kolenset

Perbuatan
Lipat ke atas / pukul.
"Kolenset lengan baju tu sebelum basuh tangan."
0

Koliha

Keadaan
Kelapangan.
"Kalau ado koliha; jemputlah datang ghumah."
0

Kolikanak

Benda
Pintu (ruang tengah ke dapur).
"Lalu ikut kolikanak tu kalau nak ke dapur."
0

Kolokai

Perbuatan
Selesaikan kusut / urai.
"Masalah ni kito kono kolokai elok-elok."
0

Kolokati

Benda
Alat untuk membelah buah pinang, biasanya diperbuat daripada besi.
"Pinjam kolokati nek, nak belah pinang ni."
0
Pusat Rujukan Dialek & Kosa Kata Negeri Sembilan

Kamus Loghat Nismilan Online: Glosari, Maksud & Terjemahan Bahasa Nogori

Selamat datang ke Kamus Nismilan Sodagamaya, pangkalan data digital rasmi bagi meneroka maksud perkataan loghat Negeri Sembilan secara percuma. Sama ada anda sedang mencari maksud perkataan dialek Nogori pekat, mencari padanan terjemahan Bahasa Melayu standard, ataupun sekadar ingin memahami slang harian yang sering digunakan di Seremban, Kuala Pilah, Rembau, dan Tampin, direktori ini menyediakan rujukan lengkap berserta contoh sebutan dan ayat perbualan.

🔍 Carian Maksud Perkataan & Istilah Tradisi

Sering terdengar perkataan unik seperti bobenta, cekadak, ontok-ontok, bega, atau nangoi tetapi tidak tahu apa maksudnya? Gunakan kotak carian pintar kami di atas untuk menyemak definisi tepat, kategori tatabahasa (kata kerja, kata sifat, kata nama), serta konteks penggunaannya dalam perbualan harian.

🗣️ Terjemahan Bahasa Melayu ke Loghat N9

Mahu belajar cara bertutur dialek tempatan? Terokai padanan perkataan harian seperti ganti nama diri (eden, ese, waghih), kata kerja lazim (bergolek, mengelintau, mencucut), dan ekspresi popular seperti "Hobin Jang Hobin" untuk memudahkan komunikasi apabila bercuti atau menghadiri kenduri di Negeri Sembilan.

📜 Istilah Adat Perpatih & Luak Negeri

Loghat Negeri Sembilan mempunyai pertalian rapat dengan susur galur Minangkabau dan sistem Adat Perpatih. Glosari ini turut mendokumentasikan istilah warisan luak adat (Jelebu, Johol, Rembau, Sungai Ujong) agar khazanah bahasa klasik ini tidak luput ditelan zaman.

❓

Soalan Lazim Mengenai Loghat & Bahasa Negeri Sembilan (FAQ)

Kenapa sebutan perkataan loghat Negeri Sembilan banyak berbunyi 'O'?

Ciri utama fonologi dialek Negeri Sembilan ialah penggantian vokal terbuka 'a' di hujung perkataan kepada vokal 'o' (contohnya: mana menjadi mano, apa menjadi apo, rasa menjadi ghaso). Namun, terdapat juga perkataan kosa kata unik tersendiri yang tidak wujud dalam Bahasa Melayu baku.

Adakah loghat Negeri Sembilan berbeza mengikut daerah?

Ya. Walaupun asas tatabahasanya serupa, sebutan dan kosa kata di Kuala Pilah dan Rembau sering dianggap dialek paling pekat, manakala kawasan sempadan seperti Tampin dan Jempol mempunyai pengaruh dialek Melaka atau Pahang.

Bagaimana cara menyemak maksud perkataan yang tiada dalam kamus ini?

Pangkalan data Kamus Nismilan kami dikemas kini secara berkala. Anda boleh menapis mengikut abjad (A–Z) atau menggunakan fungsi carian pantas di bahagian atas halaman untuk mencari sebarang istilah atau ungkapan dialek.