Bocoghidau / coghidau

Perbuatan
Bahasa Baku: Becok. Sifat seseorang yang banyak cakap atau riuh mulutnya.
"Pagi-pagi dah bocoghidau oghang kek pasar tu."
1

Bopinau

Keadaan
Pening.
"Bopinau mato den tengok ghogo hargo barang sekarang."
0

Bosoka

Keadaan
Gula berlebih pada wajik.
"Wajik ni bosoka manih bona sampai keras."
0

Bosoko

Perbuatan
Merayau tanpa tujuan.
"Anak mudo jangan asyik bosoko yo malam-malam."
0

Bosolehet

Keadaan
Comot / kotor.
"Muko budak tu bosolehet makan coklat."
0

Bosolepot

Perbuatan
Duduk atas lantai.
"Duduk bosolepot yo la kito sebab kerusi tak cukup."
0

Bosolighit

Kuantiti
Banyak (buah/pakaian).
"Bosolighit buah rambutan kek pokok tu."
0

Bosolopeng

Keadaan
Kerak hingus di pipi.
"Lap sikit muko tu bosolopeng hingus kering."
0

Bosolopet

Keadaan
Najis tak habis cuci di punggung.
"Basuh berak tu biar bersih jangan bosolopet."
0

Bosolumak

Keadaan
Comot pada mulut.
"Mulut kau bosolumak lopeh makan gulai."
0

Bosomemai

Keadaan
Bersepah.
"Bilik ni bosomemai macam kapal karam."
0

Bosomumeh

Keadaan
Mulut bersepah nasi.
"Makan tu elok-elok jangan bosomumeh."
0

Bosonghayang

Perbuatan
Bergelandangan.
"Kesian tengok kucing tu bosonghayang cari makan"
0

Botating

Perbuatan
Mengidang makanan.
"Jom tolong mak botating lauk ko dapan."
0

Botenggong

Perbuatan
Duduk atas sesuatu (pangkin/kayu).
"Peta botenggong ateh pagar tu."
0

Botighai

Keadaan
Kain yang koyak rabak.
"Seluar dio dah botighai tapi masih dipakai."
0

Bototam

Perbuatan
Bergasak / berhimpit / berkerumun.
"Orang ramai bototam nak tengok kemalangan tu."
0

Bughan

Perbuatan
Buang air besar / bantai / belasah.
"Sakit perut nak bughan pulak raso eh."
0

Bukat

Keadaan
Air yang berkeladak.
"Air sungai ni bukat; tak sesuai buat minum."
0

Bumin

Keadaan
Gelap pekat.
"Malam ni golap bumin sebab takdo bulan."
0
Pusat Rujukan Dialek & Kosa Kata Negeri Sembilan

Kamus Loghat Nismilan Online: Glosari, Maksud & Terjemahan Bahasa Nogori

Selamat datang ke Kamus Nismilan Sodagamaya, pangkalan data digital rasmi bagi meneroka maksud perkataan loghat Negeri Sembilan secara percuma. Sama ada anda sedang mencari maksud perkataan dialek Nogori pekat, mencari padanan terjemahan Bahasa Melayu standard, ataupun sekadar ingin memahami slang harian yang sering digunakan di Seremban, Kuala Pilah, Rembau, dan Tampin, direktori ini menyediakan rujukan lengkap berserta contoh sebutan dan ayat perbualan.

🔍 Carian Maksud Perkataan & Istilah Tradisi

Sering terdengar perkataan unik seperti bobenta, cekadak, ontok-ontok, bega, atau nangoi tetapi tidak tahu apa maksudnya? Gunakan kotak carian pintar kami di atas untuk menyemak definisi tepat, kategori tatabahasa (kata kerja, kata sifat, kata nama), serta konteks penggunaannya dalam perbualan harian.

🗣️ Terjemahan Bahasa Melayu ke Loghat N9

Mahu belajar cara bertutur dialek tempatan? Terokai padanan perkataan harian seperti ganti nama diri (eden, ese, waghih), kata kerja lazim (bergolek, mengelintau, mencucut), dan ekspresi popular seperti "Hobin Jang Hobin" untuk memudahkan komunikasi apabila bercuti atau menghadiri kenduri di Negeri Sembilan.

📜 Istilah Adat Perpatih & Luak Negeri

Loghat Negeri Sembilan mempunyai pertalian rapat dengan susur galur Minangkabau dan sistem Adat Perpatih. Glosari ini turut mendokumentasikan istilah warisan luak adat (Jelebu, Johol, Rembau, Sungai Ujong) agar khazanah bahasa klasik ini tidak luput ditelan zaman.

❓

Soalan Lazim Mengenai Loghat & Bahasa Negeri Sembilan (FAQ)

Kenapa sebutan perkataan loghat Negeri Sembilan banyak berbunyi 'O'?

Ciri utama fonologi dialek Negeri Sembilan ialah penggantian vokal terbuka 'a' di hujung perkataan kepada vokal 'o' (contohnya: mana menjadi mano, apa menjadi apo, rasa menjadi ghaso). Namun, terdapat juga perkataan kosa kata unik tersendiri yang tidak wujud dalam Bahasa Melayu baku.

Adakah loghat Negeri Sembilan berbeza mengikut daerah?

Ya. Walaupun asas tatabahasanya serupa, sebutan dan kosa kata di Kuala Pilah dan Rembau sering dianggap dialek paling pekat, manakala kawasan sempadan seperti Tampin dan Jempol mempunyai pengaruh dialek Melaka atau Pahang.

Bagaimana cara menyemak maksud perkataan yang tiada dalam kamus ini?

Pangkalan data Kamus Nismilan kami dikemas kini secara berkala. Anda boleh menapis mengikut abjad (A–Z) atau menggunakan fungsi carian pantas di bahagian atas halaman untuk mencari sebarang istilah atau ungkapan dialek.