Indeks Abjad
Senarai Perkataan Loghat Negeri Sembilan Huruf B
Terokai senarai perkataan dan dialek Negeri Sembilan yang bermula dengan huruf B. Klik pada mana-mana entri perkataan untuk melihat maksud terperinci, kategori tatabahasa, dan contoh penggunaan dalam ayat perbualan seharian orang Nogori.
Bertimbun (kain baju).
"Boghipuk kain baju tak berlipat kek dalam bilik."
0
Boghoghok
PerbuatanBergaduh / bertengkar.
"Pantang bojumpo mesti boghoghok duo beradik ni."
0
Boghojin
PerasaanNaik angin / marah.
"Jangan bagi abah boghojin; nanti susah kito."
0
Bogholek
AdatKenduri kahwin.
"Bulan dopan ghumah pak long ado bogholek."
0
Boghombik
KuantitiBanyak (bernyawa).
"Ikan tilapia yang dibolo eh beghombik kek kolam simen tu."
0
Boghonjeng
PerbuatanMenari-menari bergurau senda.
"Suko bonar budak-budak tu boghonjeng kek padang."
0
Bogho
KeadaanWarna muka berubah (malu).
"Muko eh bogho bila diojok kawan-kawan."
0
Bogik
SifatBahasa Baku: Degil. Sikap tidak mahu mendengar nasihat atau keras kepala.
"Bogik bonar kau ni kato tak makan saman."
0
Bogomunto
BunyiBunyi bising (berlari).
"Bogomunto bunyi budak-budak berlari atas papan."
0
Bojangek
PerbuatanLama menunggu.
"Bojangek den nunggu kau kek stesen bas ni."
0
Bojoghumun
KeadaanKain baju berslunggun-lunggun.
"Bojoghumun kain kotor tu tak berbasuh."
0
Bojoman
PerbuatanMenunggu untuk tempoh lama.
"Bojoman kau tak balik-balik kek mano kau montibang?"
0
Bojonggeng
PerbuatanBerjemur.
"Paneh-paneh ni kau bojonggeng toghah padang buat apo"
0
Bojooh
PerbuatanBuat kerja ramai-ramai.
"Jom kito bojooh gotong-royong bersihkan balai raya."
0
Bokiak
PerbuatanBergerak hendak pergi.
"Potang tadi dek ngadap an budak2 kek dlm ruma nia lom dapek nk berkiak ke…"
0
Bokighah
PerbuatanBergerak.
"Copek sikit bokighah hari dah nak golap."
0
Boko
BendaBekas letak dodol/wajik.
"Poie ghumah orang jangan kosong yo, bawak sekali boko"
0
Bokocapuih
PerbuatanBergerak dengan terburu-buru.
"Bokocapuih dio lari bila nampak anjing kejar."
0
Bokolelong
KeadaanSakit yang amat sangat.
"Bokolelong den menahan sakit gigi ni."
0
Bokolintau
PerbuatanBepusing-pusing ditempat sama.
"Bokolintau den cari jalan klua dari hutan ni."
0