Indeks Abjad
Senarai Perkataan Loghat Negeri Sembilan Huruf M
Terokai senarai perkataan dan dialek Negeri Sembilan yang bermula dengan huruf M. Klik pada mana-mana entri perkataan untuk melihat maksud terperinci, kategori tatabahasa, dan contoh penggunaan dalam ayat perbualan seharian orang Nogori.
Bahasa Baku: Lusa. Hari selepas esok.
"Hari ni tak dapek; montesok la kito jumpo."
0
Montibang
PerbuatanTak tau pergi mana.
"Kek mano kau montibang sampai tak ingat ghumah tanggo?"
0
Montodaghah
PerbuatanMakan tiada batasan.
"Montodaghah yo kojo eh; badan makin godang."
0
Moghumbo-ghumbo
KeadaanApi marak menjulang.
"Kalau muek lomang jangan menghumbo-moghumbo api ea; hanguih nanti."
0
Moghun
PerbuatanBakar sampah.
"Potang-potang ni elok kito moghun daun kering."
0
Mogun
PerbuatanTermenung.
"Jangan mogun sangat; nanti nasib malang."
0
Moladung
KeadaanAir tertadah banyak.
"Air hujan moladung dalam baldi bocor tu."
0
Molaghah
KeadaanBuah gugur tak berkutip.
"Durian tu molaghah bawah pokok takdo orang ambil."
0
Molahu
PerbuatanMerayau / berpeleseran.
"Anak daro tak elok molahu potang hari."
0
Molampa
KeadaanBertaburan.
"Sampah sarap molampa tepi jalan."
0
Molampuh
KuantitiBanyak (tak bernyawa).
"Henfon sekenhen melampuh kek kodai ateng tu."
0
Molancur
KesihatanCirit-birit.
"Sakit perut makan sambal padeh; molancur den pagi ni."
0
Molangok
PerbuatanMelepak.
"Kojo eh molangok kek kedai kopi yo."
0
Molansit
PerbuatanBahasa Baku: Tidur. Keadaan istirehat badan dan minda dengan mata terpejam.
"Molansit yo kojo kau sampai tengahari."
0
Molayau
KeadaanAir melimpah lantai.
"Air bilik mandi tu moleyak sampai ke dapur."
0
Molehet
KeadaanHingus mengalir di pipi.
"Budak tu menangis sampai hingus molehet."
0
Molesa
KeadaanKain labuh cecah lantai.
"Baju pengantin tu molesa sapu lantai."
0
Molese
PerbuatanDuduk rapat-rapat.
"Jangan suko molese kek orang laki; tak elok."
0
Molingkup
PerbuatanMenghilang / berambus.
"Biar dio molingkup; menyusahkan orang yo."
0
Molondut
KeadaanMelayut / kendur.
"Tali penyidai tu molondut sebab baju banyak sangat."
0