Bokoludat

Keadaan
Keruh / air berkarat.
"Air sungai tu bokoludat lopeh hujan lebat."
0

Bokonak

Adat
Berkumpul saudara mara.
"Esok kito bokonak nak bincang pasal kenduri."
0

Bokoputak

Sifat/Bau
Bau busuk terperangkap.
"Bau bokoputak bila bukak almari lamo tu."
0

Bokotenteng

Perbuatan
Terlompat atau terloncat-loncat.
"Bokotenteng dio kegelian nampak ulat."
0

Bokotinjah

Perbuatan
Memijak-mijak sesuka hati.
"Habis bokotinjah karpet baru tu dek kasut kotor."
0

Bokotunjang

Keadaan
Menahan sakit yang amat sangat.
"Tengok tu bokotunjang dio menahan bisul nak pocah."
0

Bokotuntang

Perasaan
Cemas / panik / kelam kabut.
"Bokotuntang oghang kampung bila donga bunyi letupan."
0

Bokotupeh

Perbuatan
Bersegera membuat sesuatu.
"Bokotupeh dio siapkan kojo sebelum bos sampai."
0

Bokotutuih

Sifat
Bahasa Baku: Becok. Sifat seseorang yang banyak cakap atau riuh mulutnya.
"Mulut eh bokotutuih tak ghoti nak diam."
0

Bokuak

Perbuatan
Mengarahkan orang ke tepi.
"Bokuak sikit bagi laluan pada pengantin."
0

Bokundo-kundo

Perbuatan
Bergerak beramai-ramai.
"Bokundo-kundo orang poie pasar malam."
0

Boleng

Keadaan
Tidak memakai baju / bogel.
"Malu la sikit boleng kek dapan orang ghamei."
0

Bolengkar

Perbuatan
Tidur merata-rata.
"Kojo eh makan tido bolengkar yo kojo eh."
0

Bolimpap

Keadaan
Kain baju berlonggok belum lipat.
"Bolimpap baju atas katil tu bilo nak melipat eh?"
0

Bolo

Perbuatan
Membersihkan haiwan sembelihan.
"Tolong bolo perut lembu tu kek sungai."
0

Bololah

Perbuatan
Berkejar.
"Bololah dio balik ghumah bilo hujan turun."
0

Bolong

Keadaan
Bocor yang besar.
"Atap tu dah bolong patutlah air masuk."
0

Bolongging

Keadaan
Tak pakai baju.
"Panas-panas ni sodap eh bolongging kek beranda."
0

Bonak

Sifat
Bodoh / jahil.
"Janganlah bonak bona, kok tak tahu tanyo."
0

Bonda

Benda
Parit / tali air.
"Hati-hati jalan topi bonda tu licin."
0
Pusat Rujukan Dialek & Kosa Kata Negeri Sembilan

Kamus Loghat Nismilan Online: Glosari, Maksud & Terjemahan Bahasa Nogori

Selamat datang ke Kamus Nismilan Sodagamaya, pangkalan data digital rasmi bagi meneroka maksud perkataan loghat Negeri Sembilan secara percuma. Sama ada anda sedang mencari maksud perkataan dialek Nogori pekat, mencari padanan terjemahan Bahasa Melayu standard, ataupun sekadar ingin memahami slang harian yang sering digunakan di Seremban, Kuala Pilah, Rembau, dan Tampin, direktori ini menyediakan rujukan lengkap berserta contoh sebutan dan ayat perbualan.

🔍 Carian Maksud Perkataan & Istilah Tradisi

Sering terdengar perkataan unik seperti bobenta, cekadak, ontok-ontok, bega, atau nangoi tetapi tidak tahu apa maksudnya? Gunakan kotak carian pintar kami di atas untuk menyemak definisi tepat, kategori tatabahasa (kata kerja, kata sifat, kata nama), serta konteks penggunaannya dalam perbualan harian.

🗣️ Terjemahan Bahasa Melayu ke Loghat N9

Mahu belajar cara bertutur dialek tempatan? Terokai padanan perkataan harian seperti ganti nama diri (eden, ese, waghih), kata kerja lazim (bergolek, mengelintau, mencucut), dan ekspresi popular seperti "Hobin Jang Hobin" untuk memudahkan komunikasi apabila bercuti atau menghadiri kenduri di Negeri Sembilan.

📜 Istilah Adat Perpatih & Luak Negeri

Loghat Negeri Sembilan mempunyai pertalian rapat dengan susur galur Minangkabau dan sistem Adat Perpatih. Glosari ini turut mendokumentasikan istilah warisan luak adat (Jelebu, Johol, Rembau, Sungai Ujong) agar khazanah bahasa klasik ini tidak luput ditelan zaman.

❓

Soalan Lazim Mengenai Loghat & Bahasa Negeri Sembilan (FAQ)

Kenapa sebutan perkataan loghat Negeri Sembilan banyak berbunyi 'O'?

Ciri utama fonologi dialek Negeri Sembilan ialah penggantian vokal terbuka 'a' di hujung perkataan kepada vokal 'o' (contohnya: mana menjadi mano, apa menjadi apo, rasa menjadi ghaso). Namun, terdapat juga perkataan kosa kata unik tersendiri yang tidak wujud dalam Bahasa Melayu baku.

Adakah loghat Negeri Sembilan berbeza mengikut daerah?

Ya. Walaupun asas tatabahasanya serupa, sebutan dan kosa kata di Kuala Pilah dan Rembau sering dianggap dialek paling pekat, manakala kawasan sempadan seperti Tampin dan Jempol mempunyai pengaruh dialek Melaka atau Pahang.

Bagaimana cara menyemak maksud perkataan yang tiada dalam kamus ini?

Pangkalan data Kamus Nismilan kami dikemas kini secara berkala. Anda boleh menapis mengikut abjad (A–Z) atau menggunakan fungsi carian pantas di bahagian atas halaman untuk mencari sebarang istilah atau ungkapan dialek.